Sunday, January 4, 2015

Shale oil

Dah lama tak menulis dalam bahasa Melayu jugak. Maka kalau ada kesilapan tu, harap maafkan je le.

Ada pertanyaan berhubung shale oil tempohari oleh beberapa sahabat dalam kumpulan media sosial. Boleh dikatakan topik shale oil ini tidak dibincangkan secara meluas kerana kos pengeluaran lebih tinggi berbanding fossil fuel iaitu minyak mentah dari perut bumi.

Shale oil adalah minyak mentah bukan organik yang mana komponennya terhasil melalui pertembungan batu-batuan dan didapati di permukaan bumi. Oleh kerana terdapat bahan galian yg tinggi didalam shale oil, maka proses penapisan adalah lebih payah dari minyak mentah biasa.

Memandangkan harga minyak mentah dipasaran dunia mengalami kemerosotan, maka pengusaha shale oil berada didalam dilemma kerana harga sekarang tidak cukup utk mereka menampung kos pengeluaran.

Kepada pengusaha petrol stesyen, cuba-cuba le utk ada rasa rendah sikit...

No comments:

Post a Comment